Wednesday 24 June 2015

Tahniah!! Bonus Sebulan Gaji Kepada 17,534 Orang Kakitangan Kerajaan Negeri Selangor Sempena Aidilfitri


Kerajaan Negeri Selangor hari ini melalui kenyataan siaran media telah mengumumkan pemberian Imbuhan Tahunan Sempena Hari Raya Eidul Fitr 1436 H / 2015 M.

Melalui kenyataan media yang dikeluarkan oleh Facebook rasmi Menteri Besar Selangor, Azmin Ali semua kakitangan kerajaan negeri seramai 17,534 orang akan menerima imbuhan berkenaan.

Imbuhan tersebut akan dibayar pada 9 Julai 2015.

Menurut kenyataan Azmin, imbuhan tahunan ini adalah bagi menghargai khidmat yang telah diberikan oleh semua penjawat awam Negeri dalam melaksanakan dasar-dasar Kerajaan Negeri secara profesional dan berintegriti ke arah Pembangunan Berkualiti, Rakyat Dipeduli. -Siakapkeli.my


Kisah Sebenar isteri cantik berhubungan intim dengan suami orang akhirnya terungkap setelah suami berdoa di Mekah

foto sekadar hiasan

Siapa sangka, seorang isteri berperawakan lemah lembut, bertudung labuh dan kuat pegangan agama rupa-rupanya bertuankan nafsu apabila sanggup menjalin hubungan sulit dengan suami orang.

Padahnya, dia dicekup suami dalam keadaan hanya memakai baju tidur tanpa coli manakala pasangannya tidak berbaju, sekali gus membawa kepada runtuhnya rumah tangga yang dibina selama 10 tahun.

“Nyata doa saya ketika di Makkah supaya Allah SWT menunjukkan kebenaran di dalam rumah tangga saya termakbul. Saya bukan mahu memalukan bekas isteri, tapi ingin berkongsi pengalaman supaya menjadi iktibar kepada orang lain,” kata Azman, 30-an.

Ikuti pengakuan Azman sepenuhnya:

“Terus terang saya katakan, sepanjang hidup bersamanya, tidak sedikitpun saya meragui kesetiaannya. Saya yakin dia setia kepada saya memandangkan perkahwinan kami atas dasar suka sama suka.

Ketika bersusah payah membangunkan perniagaan, dia menjadi inspirasi dan semangat untuk saya. Tanpa dia, mungkin saya tidak mampu mengharungi pahit getir dalam dunia perniagaan.
Lebih daripada itu, saya yakin, perawakannya yang lemah lembut, bertudung labuh dan latar belakangnya yang kuat pegangan agama tidak mungkin membuatkan dia sanggup melakukan perbuatan yang menyalahi hukum agama.

Dia melayan saya dengan sepenuh tanggungjawabnya sebagai isteri. Apa saja permintaan saya dia akan penuhi.

Kami bertambah bahagia apabila dikurniakan seorang anak lelaki yang kini berusia sembilan tahun.
Namun, ketika perniagaan saya berkembang dan kami sekeluarga mengecap kesenangan, ada rakan memberitahu pernah melihat isteri saya bersama lelaki lain dalam keadaan mencurigakan.

Ketika itu memang saya tidak percaya langsung dan akibatnya saya bertumbuk dengan rakan yang menyampaikan maklumat itu.

Begitupun, cerita mengenai kecurangan isteri saya tidak pernah tamat kerana ada saja rakan menyampaikannya kepada saya.

Antara yang paling menyakitkan hati ialah ada yang memberitahu, isteri saya membuat pengakuan bahawa dia sudah berpisah dengan saya.

Dalam keadaan sedemikian, saya masih bersabar dan membuang perasaan curiga terhadap isteri. Saya tetap melayannya dengan baik dan pada masa sama dia juga begitu.

Pada Ramadan tahun lalu, saya ke Makkah mengerjakan umrah dan di depan Kaabah saya berdoa supaya Allah SWT terus merapatkan hubungan saya dan isteri. Pada masa sama saya juga memohon kepada Allah supaya menunjukkan kebenaran jika ada kekurangan dalam rumah tangga saya.

Pulang dari Makkah, saya menghadiahkan isteri gelang kayu Kokka. Tidak lama selepas itu rakan memberitahu, lelaki yang dikatakan menjalin hubungan sulit dengan isteri saya ada memakai gelang sama.
Apa disampaikan rakan saya memang benar kerana tanpa pengetahuan saya, isteri saya menghadiahkan gelang berkenaan kepada lelaki itu.

Saya memang sakit hati tetapi kerana perasaan sayang masih menebal, saya buat tak tahu saja.
Bagaimanapun, pada satu malam doa saya dimakbulkan Allah apabila saya bagaikan diberi petunjuk mengenai kecurangan isteri.

Entah bagaimana, ketika itu tidak semena-mena kereta yang biasa saya gunakan rosak secara tiba-tiba dan saya pulang ke rumah menggunakan kereta lain.

Tidak seperti kebiasaan, saya pulang awal sedikit. Ketika sampai di rumah, saya melihat kelibat seorang lelaki keluar dari pintu belakang dan menguncinya.

Berderau darah saya ketika itu dan dengan menggunakan segala kudrat yang ada, saya mengejar dan berjaya menangkapnya.

Ternyata, dia adalah lelaki seperti digambarkan rakan saya. Dalam keadaan separuh bogel, saya mengheretnya ke dalam rumah dan ketika itu isteri saya dalam keadaan kusut, memakai baju tidur tanpa coli. Saya periksa bilik dan mendapati katil ‘bersepah’.

Tanpa sedar, air mata saya mengalir dan benarlah apa yang diberitahu rakan selama ini. Sudah jelas, isteri saya curang. Jika bersama lelaki lain di dalam rumah dalam keadaan mencurigakan, apa lagi yang mereka lakukan jika tidak membuat maksiat?

Namun, seperti orang tidak bersalah, kedua-duanya berbuat muka selamba. Isteri memberi alasan lelaki itu datang ke rumah kerana mahu membetulkan paip.

Apabila diperiksa, ternyata isteri saya berbohong apabila paip rumah saya tidak rosak dan lelaki itu tidak pula membawa peralatan membaiki paip.

Seperkara lagi, lelaki itu masuk ke rumah secara bersembunyi berikutan keretanya diletakkan jauh dari pekarangan rumah.

Bengang dengan reaksi mereka, saya bawa mereka ke balai polis dan membuat laporan. Sedikitpun mereka tidak menunjukkan perasaan takut. Kesudahannya mereka dilepaskan selepas dijamin keluarga masing-masing.

Sejak itu, kami duduk berasingan hinggalah kami bercerai baru-baru ini. Saya mendapat hak penjagaan anak.

Apabila difikirkan kembali, apa salah saya sehingga dia sanggup berbuat begitu. Hendak apa saja saya berikan. Malah satu ketika dia pernah berkata kepada anggota keluarga saya, dia tidak tahu hendak membeli apa lagi kerana semua benda boleh dimilikinya.

Keluarga saya memang kecewa, apatah lagi ibu saya. Dia adalah menantu kesayangannya, tetapi apa yang berlaku benar-benar mengejutkannya.

Keluarga bekas isteri pula meletakkan kesalahan di atas bahu saya. Mereka menyifatkan saya terlalu cemburu.

Saya hairan, adakah perbuatan bekas isteri saya melakukan maksiat bersama lelaki lain dan saya sendiri yang menangkap mereka perlu dimaafkan?”

Nauzubillah. Semoga perkara ini tidak berlaku kepada kita mahupun ahli keluarga kita sendiri dan kisah benar ini menjadi pengajaran buat semua.



Punca Sebenar Lukman Sardi Murtad Dan Seterusnya Keluar Dari Agama Islam...


#$%Pelakon popular Indonesia, Lukman Sardi mengumumkan keputusannya untuk memeluk agama Kristian sekaligus keluar daripada Islam.

Pengakuan pelakon berusia 43 tahun itu dapat ditonton di saluran YouTube sejak dimuat naik bermula 24 Mei lalu.

Lukman menceritakan hal tersebut semasa upacara ulang tahun di Gereja Bethel Indonesia (GBI) Ecclesia.

"Saya memilih untuk ‘percaya’ sekitar enam tahun yang lalu," ujarnya.

Menurut beliau keputusannya itu tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak termasuklah isterinya, Pricillia Pullunggono yang beragama Kristian. Ia adalah simpulan pencarian rohani yang berlangsung selama beberapa tahun.

Lukman merupakan anak kepada lagenda biola Indonesia, Allahyarham Idris Sardi. Hasrat Lukman untuk menukar agama turut dimaklumkan kepada arwah bapanya semasa beliau masih hidup.

“Ayah adalah orang yang paling kecewa kerana dia adalah seorang yang alim. Pesannya kepada saya supaya bertanggungjawab dengan pilihan sendiri,” tambahnya.



Tuesday 23 June 2015

SUBHANALLAH !! Inilah Gambar PERUBAHAN Mendadak Emylia Rosnaida, Isteri AC Mizal....???


SUBHANALLAH !! Inilah Foto Perubahan Mendadak Emylia Rosnaida, Isteri AC Mizal
SUBHANALLAH !! Inilah Foto Perubahan Mendadak Emylia Rosnaida, Isteri AC Mizal
Ini membuktikan bahawa manusia bila-bila masa b0leh berubah, hanya perlu terus diberi peluang untuk menilai dan muhasabah diri sendiri.

Emylia R0snaida dan mula tutup aurat - Pelak0n seksi yang terkenal juga isteri AC Mizal, Emylia R0snaida dikatakan sudah mula menutup aurat selepas sekeping gambarnya bertudung telah tersebar di laman maya.

F0t0 yang dik0ngsikan di laman f0rum itu mendapat reaksi p0sitif dari penggiat-penggiat f0rum lain. Ada yang memuji penampilan Emylia R0snaida sebagai anggun dan lembut dipandang. Menariknya, jam tangan yang dipakai beliau turut menjadi bahan cerita mereka.


sumber : 


"Bila Dah kurus cantik, Baru Nak Balik..."


#$%Kecantikan itu tidak penting. Apa yang penting adalah akhlak dan hatinya yang bersih. Ibarat makan nasi, jika sudah menjadi bubur, tiada gunanya.
Pepatah Melayu pernah berkata, ‘sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian, tiada gunanya’.
Demikianlah yang terjadi pada seorang lelaki ini yang kesal dengan tindakannya menamatkan hubungan cinta yang terjalin dengan bekas kekasihnya selama 2 tahun.
-----------------------------------------------------------------------------
"AKU dah bercinta dengan GF aku 2 tahun lebih. Hubungan kami renggang selepas kami masing² study di tempat lain.
Tak tahu kenapa masa study tu, aku nak ada peneman.
Aku couple dengan member kelas aku. Aku tinggalkan GF aku yang dah 2 tahun bercinta itu.
Lagipun, dia dah gemuk. Aku tak pedulikan dia langsung walaupun dia asyik merayu-rayu pada aku. Dugaan untuk aku bila berjauhan.
Aku ikut semua permintaan GF baru aku. Satu persatu pasal GF lama, aku hapuskan.
Beberapa bulan kemudian, GF lama aku mungkin dah fade up. Dia block semua akaun Facebook,
WeChat, WhatsApp. Dia terus menghilangkan diri. Mesej terakhir, ‘buat masa ini lebih baik kita jangan berjumpa.
Dia kata, ‘kalau kita ada jodoh, kita jumpa lagi,’.
Dah aku couple dengan GF baru ni setahun, aku rasa dia ni sangat melampau. Sangat kebudak-budakan. Dia ingat aku ni hamba dia ke apa? Disebabkan dia, aku buang segala gambar, status, nama GF lama.
Dah habis pratikal, aku balik kampung. Masa tengah jalan-jalan dekat Mall, aku ternampak GF lama, kurus, cantik sangat. Lama dia menyepikan diri.
GF aku yang sekarang ni dah jadi gemuk dari dia. Sikit-sikit, maki aku, herdik aku, suruh letak everything about her. Sikit-sikit hina GF lama aku.
Ya Allah, menyesalnya aku. Aku rasa GF aku yang lama adalah terbaik. Dia sabar, tak pernah berkasar dengan aku.
Aku buka akaun Facebook dia guna Facebook kawan. Aku stalk habis-habis Facebook dia.
‘Cantiknya ciptaan Allah’
Dia yang dulu aku selalu panggil ‘my wife’ sekarang ni dah jadi milik orang lain.
Maafkan saya, awak. Saya nak jumpa awak nak perbetulkan segala-galanya. Awak je yang layak jadi halal buat saya. Ibu bapa kita dah kenal, lagipun memang family kita dah buat perjanjian untuk satukan kita. Izinkan saya tebus segalanya.
Saya harap kita dapat tunaikan perjanjian family kita. Bagi saya ruang untuk kembali. Saya betul-betul menyesal.
Saya cuma sunyi dulu bila awak tak ada di depan mata saya. Saya kejam..


Najib Razak : "Kenapa Terima BR1M Kalau Tak Nak GST"

“Kita harus memahami bukan hasrat kerajaan mahu susahkan rakyat, kita perkenalkan GST dengan menambahkan BR1M umpamanya sebanyak RM300, malangnya bila dah dapat duit banyak yang senyap.

“Sebaliknya kalau barang naik sikit, timbul rungutan. Kita dah sedar ada sedikit sebanyak kenaikan harga tetapi ada timbal balasnya yang diberikan kerajaan melalui kenaikan BR1M, pengurangan cukai pendapatan satu hingga tiga peratus, pengurangan cukai korporat dan sebagainya,”

Kurang cerdiknya sebab dia benar-benar yakin BR1M yang diberikannya kepada rakyat Malaysia yang terpilih berjumlah lebih kurang 7.5 Juta orang itu mampu mengurangkan beban rakyat..


Walaupun jumlah BR1M itu dinaikkannya ianya telah dipecah kan kepada 3 kali pemberian, kebanyakkannya menerima RM200 pada pemberian pertama, RM200 lagi pada pemberian kali kedua dan bakinya pada kali ketiga.

Ianya memang tidak cukup untuk menampung perbelanjaan rakyat sepanjang tahun.. tetapi adakah BR1M itu cukup untuk menampung GST yang terpaksa rakyat bayar setiap hari?

Dalam masa yang sama Najib perlu tahu bukan seluruh rakyat Malaysia yang berjumlah hampir 30 Juta itu menerima BR1M tapi hanya 7.5 Juta sahaja.. lebih kurang 25% rakyat saja..

Paling ketara ialah BR1M dibayar kerajaan kepada rakyat setahun tiga kali.. GST pula terpaksa dibayar oleh rakyat kepada kerajaan selagi hayat dikandung badan ataupun dari mula beranak sampai mati..

Rakyat bising kerana kenaikkan harga gagal di kawal oleh Kerajaan malah ada kes yang memperlihatkan Kerajaan tunduk kepada kemahuan puak kapitalis sedangkan kuasa di tangan kerajaan.. contohnya isu Pre Paid.


Gadis Cantik Ini Sudah Mengandung 2 Bulan,Kini Sedang Cari Pak Sanggup...


Pertama admin nak tanya berita ini benar atau palsu? Kalau palsu dan hanya rekaan abaikan sahaja. Kalau benar sememang manusia dihari ini sudah hilang segala sifat dan norma kemanusiannya... "bersedap-sedap dahulu bersusah-susah kemudian". Sudah mengandung baru gila-gila nak cari pak sanggup... kalau dah tahap macam itu kawinlah dahulu...


Lelaki Yang Baik Untuk Perempuan Yang Baik Allah S.W.T berfirman, “Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” (an-Nur’:26)


sumber


Akhirnya Identiti Sebenar Rani Kulup #kipidap Dibongkarkan...Anda Pasti Terkejut Beruk Apabila Membacanya...


Rani Kulup popular dengan tag line "kipidap" dan sering muncul di kaca tv setelah membuat banyak laporan polis tentang isu semasa.

Antara isu semasa yang Rani Kulup tampil membuat laporan polis ialah kes halal coklat Cadbury, isu program sentuh anjing dan banyak lagi.

Ramai yang tertanya-tanya siapakah sebenarnya Rani Kulup ini? Jadi ini merupakan Biodata Rani Kulup yang merungkai segala-galanya:

Sumber: Melvister
Yang paling mengejutkan ramai tentulah penglibatan Rani Kulup dalam sebuah kugiran, berbakat besar rupanya Rani Kulup ni.

Inilah Gambar kenangan Rani Kulup (Tengah) bersama Band Sometimes



Apabila Rosyam Noor 'dibelasah' Ustaz zawawi....


Antara Halal dan Haram tak akan pernah bercampur Umpama air dan minyak !
Minggu lepas, ..kebetulan takde kt channel tv1, 
ustaz zawawi jadi ahli panel...termasuk fauziah nawi & nazrey raihan...
tajuknya : Hiburan...Jalan ke....? 
spt biasa, di hoskan oleh rosyam nor Memang bagus diskusi tu..
ustaz zawawi citer, hiburan sememangnya halal malah akan menjadi wajib kpd sesorg jika dia tidak boleh hidup tanpa hiburan...
contohnya , si mamat ni mesti dengar lagu untuk menceriakan hidup dia, kalau tak dengar lagu, dia tak bleh nak survive...tambahan pulak, memang dah naluri manusia, perlukan hiburan. Jadi Islam tak melarang untuk kita berhibur Tapi, hiburan tu mestilah tidak bertentangan dgn syariah..contohnya, tiada pergaulan bebas..tidak melalaikan..
Soalan rosyam nor kpd fauziah nawawi nyata menjerat mereka berdua...
rosyam tanye, bagaimana pulak kalau rosyam jadi anak, 
fauziah jadi ibu..sudah tentu ade pelukan @ bersentuhan, semata-mata nak hidupkan lakonan tu.. 
fauziah pulak jawab, memang nak tak nak..kenalah ade sentuhan sbg seorg ibu & anak...
beliau hanya melakonkan shj tapi niat beliau baik...
nak tunjukkan kpd umum tentang pentingnya kasih sayang seorg ibu kpd anaknya...
Then, ustaz zawawi balas balik...
niat tidak menghalalkan cara...walau sebaik mane niat kita itu, 
tapi caranya bertentangan dgn syariah, maka akan jadi haram ler...
walaupun sekadar lakonan..
tapi kedua-dua pelakon tersebut bukanlah muhram, yakni halal berkahwin... 
maka mereka sememangnya tidak boleh sedemikian.
Byk cara lagi yg boleh dilakonkan untuk menunjukkan kasih sayang antara ibu & anak... 
di Iran, filem mengisahkan kasih sayang keluarga tidak menunjukkan sebarang sentuhan antara pelakon berlainan jantina, tapi mampu menjadi filem yg berjaya & merangkul anugerah.
kedua, ustaz zawawi cakap, berlakon @ menyanyi diwajibkan menutup aurat...
jika mendedahkan aurat, maka akan jadi haram lah hiburan tu...
ketiga, rezeki yg diperolehi hasil hiburan yang tidak mengikut syariah adalah haram...
maka melentinglah sekajap si fauziah nawi tu...
dia kata, hasil rezekinya selama ini telah disalurkan untuk menyara keluarga dia, tanggung kos belajar adik dia di oversea, buat kebajikan dsb....
Ustaz zawawi balas, yg dipersoalkan adalah sumber rezeki tu melalui cara ape, bukannya dia belanjakan kearah mane...
jika rezeki itu hasil lakonan yg ade sentuhan laki & pompuan yg bukan muhram, buka aurat dsbnya...maka akan jadi haram ler...
kemudian, fauziah nawi melenting lagi, ini bermakna dia dah tak boleh berlakon lagi lah...
sebab dah jadi haram..mcm mane dia nak sara keluarga dia sedangkan punca pendapatan dia adalah hasil daripada hiburan...
lagipun dia hanya menggunakan bakat yg dikurniakan oleh Allah utk berlakon...
bukan semua org ade bakat utk berlakon...
maka jawab ustaz zawawi...
beliau masih boleh berlakon...
spt mane ustaz zawawi sebut sblm ni, 
ade hiburan yg halal..maka carilah hiburan yg halal tu...
Sebut ustaz zawawi lagi...kita perlukan perubahan minda dikalangan semua penggiat seni...
baik dari pihak penerbit, penulis lirik, penulis skrip, pelakon, penyanyi, penganjur dsb...
mestilah mencari jalan bagaimana untuk menghasilkan hiburan yang halal & diberkati oleh-Nya...
memang ade caranya...kenalah berusaha..
Itulah serba sedikit rumusan drp forum tersebut...
ape2 hal pun, aku ucapkan tahniah buat ustaz zawawi & nazrey raihan kerana mempertahankan haram tetap haram...
halal tetap halal... 
Maka ape lagi wahai artis-artis malaysia? 
Sudah terang lagi bersuluh...carilah hiburan yg halal...
tinggallah hiburan yg haram...kerana rezeki yg diperoleh itu sudah pasti akan disoal tentang halal haramnya...
Bukan ke malaysia skrg ni diisytihar negara islam hadhari? 
jadi carilah jalan bagaimana nak jadi artis islam hadhari..
bukannya had-hari...hanya islam masa bulan puase shj...
bulan yg lain..???? 
Mencari yang halal itu fardhu...... 
jangan berputus asa dengan rahmat Allah kerana rahmat tuhan itu terlalu luas...
Allah berfirman ..
"berdoalah .nescaya Aku akan makbulkan".. ...
PS ---> info tambahan dr kawan aku yg tgk program tu, 
Ustad Zawawi ada kata 
"Waktu saya blaja kt Mesir dulu, tuan guru saya ada sebut ..
duit orang yg berlakon tu, TAK SAH dia buat utk mengerjakan Haji .. "
Maka terdiamlah si Rosyam & Fauziah .. wallahua'alam ..


Kenyataan Terbaru Mamat Sepah Isu Kumpulan Sepah yang Mengejutkan Semua!!


#$%Setelah sekian lama menyepi akhirnya Mamat membuat kenyataan terkini mengenai bekas kumpulannya yang dahulu iaitu kumpulan Sepah.

Dulu, Sepah merupakan kumpulan pelawak paling popular di Malaysia. Ahlinya terdiri dari 3 orang sahabat iaitu Jep, Mamat dan Shuib. Namun ketika di zaman kegemilangan itu, Mamat paling banyak mencetuskan kontroversi.

Kemudian dikatakan ada masalah dalaman menyebabkan kumpulan Sepah pun berpecah dan Jep bergabung dengan Shuib membentuk Sepahtu.

Baru-baru ini Mamat akui  akui amat rindu dengan kumpulan Sepah terutama kemesraan mereka bertiga.

Mamat juga memberitahu hubungannya dengan Jep telah pulih dan hanya berserah kepada takdir sekiranya berpeluang untuk mengembalikan kumpulan Sepah.

Ini komen Mamat di portal Murai:
“Saya rindukan kumpulan Sepah, sebelum ini pelbagai kontroversi yang tercetus tetapi sekarang ini masing-masing sudah dewasa dan matang untuk fokus kerjaya masing-masing.

“Permasalahan yang timbul dahulu sebenarnya telah pun selesai, hubungan saya dengan Jep pun dah pulih seperti biasa, kalau ingin disatukan semula, saya hanya serah kepada takdir,”

“Saya pada mula itu, ada rasa terkilan, sedih dan pelbagai lagi perasaan setelah berkeputusan tidak bersama dengan Sepah, tetapi itu semua adalah dugaan yang buatkan diri saya lebih matang.

Mungkin ada peluang mereka bertiga membentuk kembali kumpulan Sepah.


“Setiap kali melihat Nur menahan kesakitan, pasti berlinang air mata saya "


“Setiap kali melihat Nur menahan kesakitan, pasti berlinang air mata saya.

“Tak sanggup saya melihatnya hingga terpaksa menanggung derita di usia masih mentah,” kata Ros (bukan nama sebenar), 25.

Dia adalah penghidap Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit (AIDS), mengenai anaknya Nur, 4, yang juga dijangkiti sindrom sama sejak dilahirkan dan kini berada di tahap empat.

Menurutnya, dia memperoleh virus maut itu daripada bekas suami yang juga seorang penagih dadah sebelum ‘dipindahkan’ kepada anak yang dikandungnya.

Dia yang berasal dari Ajil mengakui sejak kebelakangan ini kesihatan anaknya kini semakin teruk dengan berat badan turun mendadak daripada 16 kilogram (kg) kepada hanya lapan kg saja.
-hmetro


(10 Gambar) Jangan Hina Lelaki Berwajah Kurang Sempurna Ini, AWAS!! Ibu Hamil Dilarang Sama Sekali Tengok!!

$%^Godfret Baguma, 47, yang digelar sebagai ‘Lelaki Uganda Paling Hodoh’ apabila berjaya membuktikan bahawa dia juga layak untuk dicintai dan memiliki pasangannya.
Apa yang menarik perhatian khalayak, Baguma bersama isteri barunya, Kate Namanda, 30, baru sahaja menimang cahaya matanya kelapan.

Baguma yang memilik paras rupa yang ‘unik’ memenangi gelaran tersebut pada tahun 2002 selepas menyertai satu pertandingan yang menawarkan sejumlah wang tunai sebagai menyara kehidupan keluarganya.

Sebelum perkahwinannya dengan Kate, Baguma mempunyai dua orang anak hasil perkahwinan pertamanya. Namun, perkahwinan tersebut berakhir selepas isterinya ditangkap curang dengan lelaki lain.

"Dia suka saya kerana mempunyai wang tetapi orang terus memberitahu (isterinya) bahawa dia boleh jadi lebih baik, jadi dia mula curang dengan lelaki lain,” katanya kepada sebuah portal berita tempatan.
Mengenai hubungannya dengan Kate, Baguma berkahwin pada tahun 2013 dan pasangan itu kini mempunyai enam orang anak selepas anak pertama mereka dilahirkan pada tahun 2008.

"Saya memberitahunya bahawa saya tidak memilih dan jika dia berasa saya membebankannya, dia bebas untuk meninggalkan saya," katanya.